Pasar Malam
Jabatan Perlesenan Majlis Daerah Padang Terap dalam membantu masyarakat setempat / peniaga kecil di daerah Padang Terap dalam menambah pendapatan dengan memberi peluang dalam bidang perniagaan di Pasar Malam. Pihak Majlis telah menyediakan banyak tapak perniagaan kepada para peniaga di daerah Padang Terap dalam membantu mereka mencari pendapatan. Pihak Majlis hanya mengenakan sedikit syarat kepada para peniaga iaitu setiap peniaga harus mempunyai lesen terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Lesen tersebut hanya perlu diperbaharui setahun sekali.
Selain dari membantu para peniaga, ia juga bertujuan memudahkan mesyarakat/penduduk kampung untuk mendapatkan keperluan harian di pasar- pasar malam yang berhampiran dengan rumah mereka. Selain itu juga, ia dapat membantu individu yang sibuk bekerja dan tidak dapat meluangkan masa untuk ke pasar hari. Terdapat pelbagai barangan/juadah dijual di pasar-pasar malam. Pihak Majlis telah menyediakan banyak tapak perniagaan di kawasan Padang Terap. Perniagaan tersebut bermula jam 4.00 petang dan berakhir jam 11.00 malam. Antara tapak pasar malam yang disediakan adalah seperti berikut :-

klik gambar untuk image besar
| Bil | Negeri | PBT | Bil. | Hari | Masa Operasi | Lokasi sebenar |
| 1 | Kedah | PADANG TERAP | 1
| AHAD | 5.00 PTG - 8.00 MLM | PASAR MALAM TANDOP BESAR |
| 5.00 PTG - 8.00 MLM | PASAR MALAM SUNGAI KAP |
| 5.00 PTG - 8.00 MLM | PASAR MALAM KG. LUBUK LABI |
2 | ISNIN | 5.00 PTG - 8.00 MLM | PASAR MALAM SIMPANG BUKIT TEMBAGA |
| 5.00 PTG - 10.00 MLM | PASAR MALAM KG. PADANG CENDERAI |
3 | SELASA | 5.00 PTG - 10.00 MLM | PASAR MALAM PEDU |
| 5.00 PTG - 10.00 MLM | PASAR MALAM LUBUK MERBAU |
| 4 | RABU | 5.00 PTG - 10.00 MLM | PASAR MALAM PEKAN NAKA |
5 | KHAMIS | 5.00 PTG - 10.00 MLM | PASAR MALAM KG. PADANG CENDERAI |
| 5.00 PTG - 10.00 MLM | PASAR MALAM PASIR PUTEH (TUALAK) |
| 6 | JUMAAT | 5.00 PTG - 10.00 MLM | PASAR MALAM KG. BELUKAR LUAS |
| 7 | SABTU | 5.00 PTG - 10.00 MLM | PASAR MALAM SIMPANG BUKIT NYAMUK |
Disediakan Oleh : Jabatan Perlesenan MDPT