Size Tulisan image image
Font Color image image image
Warna Latarbelakang image image image
Reset image
Dengar Teks Voice
English|Bahasa Malaysia Hubungi Kami | Soalan Lazim |Pautan | Bantuan | Peta Laman  

Rukun Tetangga

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara.

Sejarah

Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.

Peranan

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

SENARAI RUKUN TETANGGA BAGI DAERAH PADANG TERAP

NAMA RT /
PENGERUSI
NO RUJUKAN TARIKH NOTIS JUMLAH AJK STATUS RUKUN TETANGGA
Kg.Perik
Ustaz Fauzi
JPN.02/519/472.1.Klt.21 (3) 09.09.2004 24 AKTIF
Kuala Nerang
En Rahman Bin M27.11.1989d Zain
JPN.02/519/472.Klt.1. Kdh (36) 27.11.1989 20 AKTIF
Naka
(Dlm proses lantikan)
JPN.02/519/472.1.KLT.9.KED (88) 28.10.1996 20 AKTIF

Sumber dari sistem dbrt Jabatan Perpaduan Negara

JUMLAH TANAH PERKUBURAN YANG BERDAFTAR DI SELURUH DAERAH PADANG TERAP

Terdapat 105 buah kawasan tanah perkuburan di daerah Padang Terap.

 

Perkhidmatan Kami
Kalendar
image image 20 Mei 2012 image image
I S R K J S A
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini
 
My Health