| JABATAN |
| |
| Urusan harian Majlis Dearah Padang Terap digerakan oleh jentera pentadbiran yang terdiri 71 orang kakitangan yang meliputi kakitangan tetap dan kontrak kakitangan ini dibahagikan mengikut 9 bahagian: |
| |
| 1. | Bahagian Pentadbiran |
| | Bahagian Pentadbiran memainkan peranan yang penting dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan surat-menyurat, perkhidmatan serta perjawatan. Selain daripada itu, bahagian ini juga bertanggungjawab menjadi urusetia dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) serta bertanggungjawab dalam keutuhan pengurusan. |
| |
| 2. | Bahagian Kewangan |
| | Pengujudan Bahagian Kewangan adalah bertanggungjawab dalam menguruskan aspek kewangan, belanjawan serta pelaburan dengan penuh berhemat. Disamping itu juga, bahagian ini membuat pengurusan bersangkutan dengan pungutan hasil semasa dan tunggakan daripada cukai pintu dan sewa ruang niaga. Bahagian kewangan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mentadbir serta menguruskan perakaunan Majlis. |
| |
| 3. | Bahagian Perancang Bandar
|
| | Bagi merealisasikan impian Majlis, Bahagian Perancang Bandar diberi tanggungjawab untuk membuat perancangan serta mengawal aktiviti pembangunan yang strategik. Bahagian ini juga berperanan sebagai perancang projek serta membuat pengurusan dan pembangunan hartanah. Rancangan pemajuan yang dinamik dapat mentadbir dan menguruskan agenda yang bersesuaian. |
| |
| 4. | Bahagian Kesihatan Persekitaran
|
| | Fungsi dan peranan Bahagian Kesihatan Persekitaran ialah menjalankan perkhidmatan kebersihan serta melesenkan premis perniagaan. Selain daripada itu, bahagian ini juga bertanggungjawab dalam mengadakan aktiviti-aktiviti untuk memelihara kesihatan awam. |
| |
| 5. | Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta. |
| | Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta berperanan sebagai wakil Majlis untuk menambah perolehan Majlis serta memastikan setiap hartanah yang terletak di dalam kawasan Majlis disenaraikan untuk kutipan hasil Cukai Taksiran serta dapat menguruskan maklumat hartanah dalam rekod senarai nilaian yang boleh dimanafaat oleh agensi kerajaan dan pihak swasta. Selain itu, bahagian ini juga membantu masyarakat awam melalui peluang perniagaan dengan menawarkan ruang-ruang niaga serta tapak perniagaan Majlis. |