Vandalisme ialah perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Perbuatan tidak bermoral ini boleh mendatangkan kesusahan kepada orang ramai. Ianya juga boleh mencacatkan pemandangan terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong.
Pada hari Jumaat 13/1/2012 yang lalu, kira-kira seramai 30 orang peniaga di Kompleks Pekan Selasa menyatakan rasa kecewa mereka di akhbar METRO berikutan kegagalan MDPT membuat penyelenggaraan di premis tersebut yang kelihatan kotor dan busuk...